SK TAMAN SEMARAK

Jalan TS2/ 5D, Taman Semarak 2, 71800, Nilai, N.Sembilan.

Monday, 28 March 2016

Minggu Pusat Sumber 2016

0       
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MINGGU PSS






Majlis Pelancaran Program NILAM

Pelancaran Program Nilam peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Januari 2016 bertempat di Dataran Semarak. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTS iaitu En. Azhar bin Ayop.








Tuesday, 8 March 2016

Majlis Pelantikan Pengawas PSS

           Pada 26 Januari yang lalu, Majlis Pelantikan Pengawas PSS telah diadakan di Dataran Semarak. Majlis Pelantikan itu telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTS iaitu En. Azhar bin Ayop. dan disempurnakan oleh GPK Ko-Kurikulum iaitu Pn. Misrajah bt Osman. Majlis ini merupakan aktiviti wajib yang dikendalikan oleh jawatan kuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS).
           Seramai 70 orang murid telah menerima watikah pelantikan pada tahun ini. Berikut merupakan tentatif majlis tersebut :

7.40 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Yang Di-Pertua N.Sembilan, Lagu Sekolah
7.50 pagi - Penyampaian Watikah Pelantikan
8.20 pagi - Upacara lafaz ikrar oleh Ketua Pengawas PSS
8.30 pagi - Ucapan Guru Besar
8.40 pagi - Majlis Bersurai 










Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah ini diharapkan dapat meningkatkan tahap motivasi kepada murid-murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik serta menggalakkan murid-murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih. 

~TAMAT~